Kembara Harimau Malaya ke Qatar 2023 bermula

Iklan
Hamidin ketika majlis send off skuad Harimau Malaya ke Piala Asia Qatar 2023 di KLIA Sepang pada Isnin.

MALAYSIA Airlines diumumkan sebagai rakan penaja utama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula 1 Januari 2024.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, jalinan persahabatan antara FAM dan Malaysia Airlines yang telah terjalin sejak 2019 kian kukuh sejak itu.

Iklan
Iklan

"Dengan kehadiran Malaysia Airlines yang kini merupakan rakan penaja utama buat FAM dan skuad Harimau Malaya, sudah pastinya ia akan membakar semangat barisan kejurulatihan dan pemain di Doha, Qatar nanti.

"Ia merupakan satu penghormatan dan kebanggaan untuk melihat persahabatan antara dua organisasi ini terus berkembang di masa hadapan.

Iklan

"Mewakili pihak FAM, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Malaysia Aviation Group (MAG) di atas sokongan dan diharapkan ia dapat menjadi inspirasi kepada barisan pemain skuad Harimau Malaya,” kata Hamidin ketika majlis send off skuad Harimau Malaya ke Piala Asia Qatar 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) Sepang pada Isnin.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram; Exco FAM, Md Dali Wahid dan Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Ahmad Luqman Mohd Azmi.

Iklan

Sementara itu, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon selamat tiba di Doha, Qatar bagi menghadapi Piala Asia 2023 yang bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Angkatan Kim Pan-gon akan membuka kempen Piala Asia berdepan Jordan pada awal pagi 16 Januari ini sebelum menentang Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).

Harimau Malaya Road To Qatar 2023

1. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, 27, JDT, Malaysia

2 Matthew Davies, 28, JDT, Malaysia

3. Lavere Lawrence Corbin Ong, 32, JDT, Malaysia

4. Endrick Do Santos, 28, JDT, Malaysia

5. Arif Aiman Mohd Hanapi, 21, JDT, Malaysia

6. Muhammad Safawi Rasid, 26, JDT, Malaysia

7. Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 24, JDT

8. Shahrul Mohd Saad, 30, JDT

9. Muhammad Syahmi Safari, 25, JDT, Malaysia

10. Mohd Afiq Fazail, 29, JDT, Malaysia

11. Mohamadou Sumareh, 29, JDT, Malaysia

12. Mohamed Syamer Kutty Abba, 26, JDT, Malaysia

13. Natxo Insa, 37, JDT, Malaysia

14. Dominic Tan, 26, Sabah FC, Malaysia

15. Daniel Sang Ting, 31, Sabah FC, Malaysia

16. Stuart John Wilkin, 25, Sabah FC, Malaysia

17. Darren Lok, 33, Sabah FC, Malaysia

18. Brendan Gan, 35, Selangor FC, Malaysia

19. Mohamad Faisal Abdul Halim, 25, Selangor FC, Malaysia

20. Ahmad Khuzaimi Piee, 30, Selangor FC, Malaysia

21. Muhammad Azri Ab Ghani, 24, Kuala Lumpur City, Malaysia

22. Paulo Josue, 34, Kuala Lumpur City, Malaysia

23. Romel Morales, 26, Kuala Lumpur City, Malaysia

24. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, 21, Negeri Sembilan FC, Malaysia

25. Dion Johan Cools, 27, Buriram United, Thailand

26. Junior Eldstal, 32, Dewa United, Indonesia