Beraldo tambah kreativiti bahagian tengah PSG

Iklan
Beraldo

GERGASI Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) telah menandatangani bek tengah Brazil, Lucas Beraldo dari Sao Paulo dengan kontrak lima tahun, kelab itu.

Pemain berusia 20 tahun itu adalah pemain permulaan dalam perlawanan liga utama Sau Paulo, merupakan sebahagian daripada pasukan pemenang Copa do Brasil pada 2023.

Iklan
Iklan

Pada masa sama pemain kelahiran kawasan Piracicaba, Brazil tersebut juga pernah bermain untuk Brazil Bawah 20 tahun sebelum ini..

"Sejujurnya saya sangat gembira apabila dapat menyertai kelab yang bercita-cita tinggi seperti Paris Saint-Germain ini.

Iklan

"Ini adalah satu langkah penting dalam kerjaya saya dan satu yang akan membantu saya untuk bergerak lebih ke ke hadapan pada masa depan,” kata Beraldo dalam satu kenyataan.

PSG mendahului lima mata dalam perlumbaan merebut kejuaraan Ligue 1 ketiga berturut-turut, dan berdepan Toulouse dalam perlawanan akhir Trofi Juara Perancis pada hari Rabu.

Iklan