‘Terus hormati isu 3R, pelihara keamanan negara’ - Shahidan

Iklan
Presiden Pertubuhan Perpaduan Ummah Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kassim.

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia diingatkan supaya tidak melanggar isu 3R (kaum, agama dan institusi raja) serta saling menghormati agama atau kepercayaan masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Presiden Pertubuhan Perpaduan Ummah Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ia penting bagi menjamin keamanan dalam negara selain mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Iklan
Iklan

"Konflik antara agama, perbezaan ideologi menjadi menjadi punca pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai secara kejam oleh rejim Yahudi terhadap rakyat Palestin serta orang awam yang tidak berdosa.

"Semua ini berlaku disebabkan perbezaan agama, pendapat dan perubahan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa.

Iklan

Tambah Shahidan, beberapa fikiran baru yang dimunculkan dan diciptakan oleh beberapa pihak hanya untuk melemahkan musuh mereka.

Ujarnya, tindakan itu juga bertujuan mahu memecahkan-belahkan perpaduan dan penyatuan ummah dalam kalangan rakyat dalam negara ini.

Iklan

"Tahun 2024 yang bakal menjelang saya menyeru rakyat Malaysia untuk terus bersatu padu. Hanya dengan bersatu padu, agama lain akan menghormati kita serta dapat memupuk perpaduan tidak kira bangsa mahupun warna kulit.

"Selamat Tahun Baharu 2024 untuk Penyatuan dan Perpaduan Ummah!” ujarnya.