MERSING - Seorang guru wanita cedera di bahagian hidung selepas diserang dan disamun seorang individu di sebuah tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Felda Tenggaroh 1, di sini petang tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Mohd Nor Mohd Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang ketika guru itu sedang bersendirian selepas pembantu dan murid di tabika berkenaan pulang.