Hidupkan semula semangat 1957
Iklan
KETIKA kita berada di ambang Tahun Baharu 2024, dengan penuh keterujaan dan harapan saya mengucapkan salam penuh kemesraan buat semua warga Malaysia.
Tahun ini bukan sekadar satu tahun yang baharu semata-mata, ia turut menandakan permulaan era baharu dengan penabalan Yang di-Pertuan Agong baharu kita, yang akan menaiki takhta pada Januari 2024.