Bapa tidak mengaku amang seksual anak bongsu

Iklan
Pemandu lori didakwa melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa.

IPOH - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya antara 2021 dan 2022.

Tertuduh berusia 54 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Iklan
Iklan

Mengikut dua pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan amang seksual terhadap anak bongsunya yang ketika itu berusia 16 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah sekitar jam 9.30 malam dan 2 pagi pada hujung 2021.

Iklan

Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa yang ketika itu berusia 17 tahun di sebuah rumah, sekitar jam 6 pagi pada 7 Oktober 2022.

Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan perbuatan bagi maksud seksual terhadap mangsa di sebuah rumah, sekitar jam 9.30 malam pada penghujung 2022.

Iklan

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat dan hendaklah diletakkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu'aini Khalifah tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon diberi syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa serta saksi-saksi pendakwaan, jika mahkamah membenarkan jaminan tersebut.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan mempunyai tanggungan termasuk rumah, kereta dan motosikal.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi keempat-empat pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Februari depan untuk sebutan semula kes.