Harung banjir dengan motosikal, lelaki hanyut dibawa arus

Iklan
Anggota bomba ketika menyelamatkan mangsa yang hanyut dibawa arus banjir (kiri), Mangsa diiringi anggota bomba ke lokasi yang selamat. - Foto BBP Mersing

MERSING - [DIKEMAS KINI] Tindakan seorang lelaki mengharungi air banjir dengan motosikal membawa padah apabila dia hanyut dibawa arus di Kilometer (KM) 34, Jalan Jemaluang-Kota Tinggi, di sini pada Selasa.

Bagaimanapun, lelaki berusia 23 tahun itu berjaya diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, sebelum hanyut lebih jauh.

Iklan
Iklan

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP), Arwan Abdullah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai perkara tersebut melalui talian MER999 pada jam 7.19 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan tersebut satu jentera Light fire Rescue Tender (LFRT) dan satu jentera Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) serta 10 anggota bomba dihantar ke lokasi.

Iklan

"Setibanya di lokasi, terdapat seorang mangsa lelaki dewasa berusia 23 tahun dipercayai telah hanyut ketika melalui jalan yang dinaiki air banjir menggunakan motosikal.

"Mangsa didapati dibawa arus deras dan hanyut sejauh tujuh meter pada kedalaman air 1.5 meter.

Iklan

"Pasukan kawalan operasi (PKO), kemudiannya bertindak menggunakan tali menyelamat bagi menarik mangsa ke kawasan selamat,” katanya.

Mangsa didapati selamat dan tidak mengalami kecederaan. Operasi ditamatkan sekitar 8.22 pagi Selasa.