UMNO kekal perjuang maruah, martabat agama

Iklan
UMNO kekal dalam asas perjuangan iaitu mendukung cita-cita dalam mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa serta negara. Gambar kecil: Wan Muhammad Zuhir

SHAH ALAM - UMNO kekal dalam asas perjuangan iaitu mendukung cita-cita dalam mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa serta negara.

Presiden UMNO Siswa, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, sepanjang penubuhan UMNO, parti itu tidak pernah berpaling tadah dan mengutamakan suara akar umbi serta rakyat.

Iklan
Iklan

"UMNO tidak pernah berpaling tadah dan sentiasa membantu rakyat di kala senang mahupun susah. Itu terserah kepada rakyat. UMNO tidak pernah memaksa rakyat menggemari parti ini sebaliknya rakyat yang perlu berfikir, menilai dan menghargai dengan merit.

"Apakah kita mahu perjuangan Melayu yang kalimatnya hanya sedap pada telinga tapi tidak jelas jejak baktinya? Atau kita mahukan pejuang Melayu Islam yang benar berkata-kata dengan bukti, maka tepuk dada tanya selera?

Iklan

"Kalau dahulu, pejuang Melayu mesti dilihat lantang dan keras dalam mewujudkan ‘fearmongering’ tapi kini menjadi pejuang Melayu tidak cukup sekadar itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa UMNO sentiasa menghulurkan bantuan tanpa mengira peringkat umur.

Iklan

Katanya, melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diterajui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memperkenalkan program pra tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

"Kementerian itu juga telah menyiapkan 3,000 buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada anak bangsa Melayu yang memerlukan.

"Sementara itu, dalam tempoh setahun, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah memberikan latihan keusahawanan kepada 5,911 kepada anak berbangsa Melayu. Ini sebahagian contoh bagaimana UMNO memainkan peranan cemerlang dalam kerajaan Madani pada hari ini,” ujarnya.