The Gunners perlu lebih tajam - Neville

Iklan
Rekasi kecewa pemain Arsenal, Declan Rice selepas tewas kepada Fulham. Foto EPA

LEGENDA bola sepak, Gary Neville menyifatkan Arsenal masih berpeluang merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), namun ia perlu ditempuh dalam satu situasi yang sukar.

Bekas pertahanan Manchester United itu optimis The Gunners yang dibimbing Mikel Arteta masih berupaya mencabar kejuaraan menerusi strategi yang betul.

Iklan
Iklan

Arsenal hanya menang sekali daripada lima aksi terakhir EPL sekali gus meletakkan mereka di tangga keempat liga pada awal tahun baharu 2024.

Dua kekalahan berturut-turut di tangan West Ham dan Fulham menyaksikan Arsenal kehilangan cengkaman dalam persaingan memburu gelaran liga.

Iklan

Arteta sebelum ini menyifatkan kekalahan 1-2 The Gunners kepada Fulham sebagai sesuatu yang memeritkan kerana mereka melepaskan peluang untuk menghuni tangga teratas EPL.

"Hari yang menyakitkan dan menyedihkan. Kami mensia-siakan banyak peluang," ujar Arteta.

Iklan

Neville sebelum ini bimbang dengan kekurangan penyerang berbisa berbanding pencabar liga yang lain.

Malah Arsenal meledak jumlah gol paling rendah dalam kalangan lima pasukan teratas dengan 37 jaringan berbanding peneraju liga Liverpool dan Aston Villa berkongsi 43 jaringan, manakala Manchester City yang menghuni tangga ketiga menyumbat 45 gol.