Kerajaan tidak terkesan dengan Langkah Dubai - Anwar

Iklan
Anwar (tengah) ketika melancarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) pada Selasa.

PUTRAJAYA - Kerajaan Perpaduan tidak terkesan dengan Langkah Dubai yang didakwa digerakkan oleh pemimpin parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tumpuan kerajaan adalah untuk terus bekerja membangunkan negara dan rakyat.

Iklan
Iklan

"Itu kerja mereka. Bagi saya (ia) tidak beri kesan dan yang penting kita sudah lancarkan satu program penting bagi rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop mendedahkan wujud cubaan tersebut.

Iklan

Rancangan itu didakwa timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk daripada pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Pertemuan itu diadakan untuk memberikan tugas khusus kepada 'pegawai' yang bertanggungjawab bagi mengenal pasti ahli-ahli Parlimen yang berpotensi mengalih sokongan mereka kepada pembangkang.

Iklan

Selain pemimpin pembangkang, ia dipercayai turut disertai tokoh politik veteran berpengaruh, termasuk dituduh menggunakan 'sumber asing' untuk menggulingkan pentadbiran diterajui Anwar.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin PN menafikan bahawa wujudnya rancangan seumpama itu.