Rasuah, dadah: Tokoh kenamaan, 'jerung' tidak lagi terlepas

Iklan
Anwar menyampaikan ucapan pada pelancaran Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa. Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Tokoh kenamaan dan 'jerung' tidak lagi akan terlepas daripada disiasat di dalam usaha kerajaan membanteras rasuah dan dadah di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu jarang berlaku dalam mana-mana negara, apatah lagi negara membangun.

Iklan
Iklan

"Kamu curi dana negara, kamu punggah kekayaan negara, sama ada kamu Perdana Menteri, Menteri Kewangan, menteri-menteri, kamu ingat, kita terpaksa bertindak dengan tegas untuk menyelamatkan negara ini,” katanya menerusi ucapan perasmian Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di sini pada Selasa.

Menurutnya, terlalu banyak ketirisan, penipuan dan kebocoran yang berlaku tanpa pelaksanaan PADU.

Iklan

"Kalau tidak, tiada sebab masih ada kelompok yang miskin walaupun kerajaan telah berbelanja RM80 bilion untuk subsidi," katanya.

Ujar beliau, kegigihan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melawan rasuah dengan menyiasat tokoh dan individu tanpa mengira pangkat wajar dipuji.

Iklan

"Alhamdulillah kita telah catat kesungguhan," katanya.

Tidak ketinggalan Anwar berkata, ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam membanteras sindiket dadah terbesar di Sabah.

"Ratusan ribu anak terlibat dengan dadah berbelanja ratusan juta ringgit.

"Sukar diambil tindakan terhadap tauke dan pengedar besar. 'Salute' kepada PDRM," katanya.

Tahun lalu menyaksikan beberapa tokoh perniagaan dan bekas menteri kanan antara kenamaan yang disiasat SPRM berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 bilion.

Sementara bulan lalu pula, PDRM berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.

Dalam operasi itu ketua sindiket bergelar Datuk antara 10 individu yang ditahan.