BAITULMAQDIS - Israel memutuskan untuk menghadiri pendengaran kes berkaitan 'tindakan genosid di Gaza' yang difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Hague, Belanda, Xinhua memetik laporan laman sesawang Israel Ynet, petang Isnin.
"Israel telah menandatangani konvensyen menentang pembunuhan beramai-ramai selama beberapa dekad dan kami pastinya tidak akan memboikot prosiding itu, tetapi bangkit dan menangkis plot yang tidak masuk akal terhadap kami,” kata penasihat keselamatan negara Israel, Tzachi Hanegbi.