Hamdan Senario tunjuk perkembangan positif

Iklan
Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 55, dilaporkan menunjukkan perkembangan positif apabila mampu menggerakkan mata dan bibir.

JOHOR BAHRU - Keadaan pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 55, dilaporkan menunjukkan perkembangan positif apabila mampu menggerakkan mata dan bibir.

Perkara itu dinyatakan isterinya, Norhamalini Ahmed, 54, ketika melawat Hamdan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada petang Isnin.

Iklan
Iklan

"Semalam (Isnin), saya ada melawat. Saya bisik kat telinga dia, ada respon. Gerak mata, gerak bibir, nak cakap...kita tak tahu, Alhamdulillah.

"Doktor cakap dos ubat tidur dia dah berkurangan, kalau ok hari ni (Selasa), doktor tak tambah dos ubat.

Iklan
Hamdan (dua dari kanan), bersama kumpulan Senario.

"Insya-ALLAH, saya rasa boleh sedar, mohon doa semua untuk Hamdan,” katanya pada Selasa.

Untuk rekod, Hamdan dikejarkan ke HSA pada Ahad setelah dilaporkan demam dan terjatuh.

Iklan

Malah, keadaan Hamdan dilaporkan kritikal hingga terpaksa ditidurkan pada Isnin selepas terdapat jangkitan kuman di dalam darahnya.

Difahamkan, Hamdan berada di Johor Bahru bagi membuat persembahan sempena program Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel terkemuka di sini, bersama anggota-anggota senario lain seperti Azlee, Wahid, Yassin, Saiful Apek dan Ilya.