Banjir: 4,893 hektar kawasan pertanian terjejas, rugi lebih RM22 juta

Iklan
Ahmad Zahid (tengah) ketika sidang media selepas mempengerusikan Taklimat dan Penyelarasan Situasi Bencana Terkini di Bangunan Perdana Putra pada Selasa. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Sebanyak 4,893.73 hektar kawasan pertanian terjejas akibat bencana banjir melibatkan 2,269 petani terkesan serta kerugian kira-kira RM22,823,601, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Antara kawasan pertanian yang teruk terjejas akibat banjir adalah di Kelantan," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Taklimat dan Penyelarasan Situasi Bencana Terkini di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, 51 fasiliti kesihatan turut terjejas akibat banjir iaitu 23 fasiliti di Kelantan, 17 di Pahang dan 11 di Terengganu.

Ahmad Zahid berkata, sejak Monsun Timur Laut (MTL) bermula awal November lepas, seramai 62,467 mangsa dan 19,204 rumah terjejas di beberapa negeri.

Iklan

Beliau berkata, bantuan kepada mangsa banjir untuk MTL kali ini sedang diagihkan secara berperingkat oleh pejabat-pejabat daerah di kawasan yang terjejas.

Ahmad Zahid (tengah) mempengerusikan Taklimat dan Penyelarasan Situasi Bencana Terkini di Bangunan Perdana Putra pada Selasa. Foto Bernama

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berharap pejabat-pejabat daerah yang terlibat tidak pilih kasih dalam mengagihkan bantuan banjir kepada mangsa atau kawasan yang terjejas.

Iklan

Dalam isu lain beliau berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) juga sedang bersiap siaga untuk menghadapi musim banjir yang dijangka berlaku di Sabah dan Sarawak pada Februari hingga Mac ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid meminta supaya proses perolehan pam hidraulik dapat disegerakan bagi mengatasi masalah banjir termenung di beberapa kawasan yang sudah berakhir banjir terutamanya di Pantai Timur.

"Permintaan itu sejak Mac tahun lalu, dan saya dapat laporan pam berkenaan masih belum diserahkan kerana melibatkan prosedur perolehan.

"Pihak Nadma telah memberikan peruntukan kepada Jabatan Saliran Dan Pengaliran (JPS).... saya telah meminta supaya dalam keadaan tertentu dan gawat, mestilah dicari jalan sebaik-baiknya untuk penyerahan dilakukan dengan segera," katanya. - Bernama