BANDARAYA GAZA - Lebih kurang 10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan kanser terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel, lapor Agensi Anadolu.
"Selepas Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin terpaksa menghentikan perkhidmatan, terdapat 10,000 pesakit kanser kini berdepan keadaan mendesak dan tidak berperikemanusiaan," kata pengarah hospital, Dr Subhi Skaik dalam satu kenyataan pada Isnin.