ANKARA - Sekurang-kurangnya 4,119 pelajar sekolah Palestin terkorban dan 7,536 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lepas, menurut Kementerian Pendidikan Palestin pada Selasa.
Selain pelajar di Gaza, tentera Israel turut membunuh 37 pelajar dan mencederakan 282 yang lain di Tebing Barat yang diduduki sejak perang bermula pada 7 Oktober, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian itu yang disiarkan oleh agensi berita rasmi Palestin, WAFA.