TOKYO - Angka kematian di wilayah Ishikawa meningkat kepada 48 orang setakat jam 3.30 petang waktu tempatan selepas siri gempa bumi kuat melanda tengah Jepun dan kawasan sekitar pada Isnin, Xinhua memetik laporan penyiar kebangsaan NHK pada Selasa.
Ramai orang dilaporkan cedera di wilayah Ishikawa, Niigata, Fukui, Toyama dan Gifu.
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dalam sidang media pada Selasa berkata, bahawa usaha bantuan terhalang akibat halangan di jalan raya.
"Ini juga menyukarkan penghantaran jentera berat. Kami sedang memikirkan kaedah bersesuaian dan menggunakan kapal mungkin menjadi antara pilihan," kata perdana Menteri itu.

Keadaan kediaman musnah akibat gempa bumi di wilayah Ishikawa, Niigata, Fukui, Toyama dan Gifu. Foto AFP