Tahap pendidikan di MRSM perlu diterap ke sekolah lain - Bekas guru

Iklan
Bekas guru Maktab Rendah Sains Mara, Nur Aziera Mohd Ramli ketika Wacana Sinar Siri 426 bertajuk 'MRSM untuk B40 sahaja?' pada Selasa. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Tahap pembelajaran lebih tinggi di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menyebabkan ibu bapa mempunyai keinginan untuk menghantar anak-anak ke institusi pendidikan berkenaan.

Bekas guru MRSM, Nur Aziera Mohd Ramli berkata, silibus pendidikan yang lebih bagus itu tidak akan menjadikan pelajar rasa kekok untuk belajar di universiti kelak.

Iklan
Iklan

"Saya melihat tahap pendidikan zaman sekarang sangat tinggi seperti mahu menyediakan mereka (pelajar) ke prauniversiti.

"Ini juga sepatutnya diterapkan di sekolah lain.

Iklan

"Jadi, MRSM tidak menjadi satu tempat yang menjadi rebutan.

"Pada saya, pendidikan di negara ini tidak perlu diperjudikan.

Iklan

"Pendidikan adalah untuk semua, tetapi sekiranya anak-anak mereka berjaya masuk ke MRSM, ia merupakan satu bonus,” katanya dalam Wacana Sinar Siri 426 bertajuk ‘MRSM untuk B40 sahaja?’ pada Selasa.

Program dihoskan Ismail Adnan itu turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Presiden Anak Sains Mara (Ansara) Malaysia, Mohd Fadzil Yusof yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

Nur Aziera turut menjelaskan bahawa pelajar golongan B40 yang dibawa masuk ke MRSM bekerja keras untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh.

"Dalam MRSM, bukan sahaja ada golongan ini, tetapi ada lagi kategori yang mempunyai latar belakang berbeza.

"Ini merupakan satu rangkaian yang sangat baik.

"Tak boleh dinafikan yang golongan ini (pelajar B40) selepas diserap masuk ke MRSM, mereka mempunyai usaha yang sangat hebat untuk melawan rakan-rakan yang sedikit bernasib baik daripada mereka,” katanya.