Disney 'hilang' hak cipta Mickey Mouse

Iklan
Poster animasi 'Steamboat Willie' yang menampilkan Mickey Mouse pada 18 November 1928.

LOS ANGELES - Versi awal watak animasi Disney, Mickey Mouse kini menjadi domain awam mulai 1 Januari 2024 apabila hak ciptanya tamat mengikut undang-undang Amerika Syarikat (AS).

Hak cipta bagi versi awal watak itu tamat selepas 95 tahun sepertimana mengikut undang-undang di AS.

Iklan
Iklan

Watak ikonik itu memulakan kehidupan sebagai bintang Steamboat Willie, kartun pendek yang dikeluarkan pada 1928.

Diasaskan oleh ilustrator dan usahawan Walt Disney, Mickey adalah simbol kekal bagi jenama berbilion dolar itu.

Iklan

Sepanjang 90 tahun yang lalu, banyak taman tema Disney muncul di seluruh dunia, dan Mickey Mouse menjadi watak terkenal di dunia dan tertera pada pakaian, peralatan rumah dan juga makanan.

Karakter Mickey Mouse 'membintangi' atau 'membuat penampilan' dalam ratusan filem, permainan video dan rancangan televisyen, terutamanya Fantasia dan Get a Horse.

Iklan

Versi moden watak itu masih dilindungi sepenuhnya mengikut undang-undang hak cipta di AS. - Agensi