Ahli Parlimen BN sasaran utama
Iklan
SHAH ALAM - Blok ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sememangnya menjadi sasaran pihak tertentu dalam parti pembangkang untuk menjayakan sebarang gerakan menjatuhkan kerajaan sedia ada termasuk Langkah Dubai sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berbeza dengan parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan, ahli-ahli Parlimen BN sudah memiliki sejarah ketidaksetiaan terhadap parti pasca PRU14.