B40 diutamakan, tapi masih terima T20 jika cemerlang - Asyraf Wajdi

Iklan
Wacana Sinar edisi 426 bertajuk 'MRSM Untuk B40 Sahaja?' menampilkan (dari kiri) Ismail, Asyraf Wajdi, Nur Aziera dan Mohd Fadzli yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Tidak pernah wujud polisi hanya pelajar miskin dibenarkan mendapatkan pendidikan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sebaliknya keutamaan diberikan kepada anak-anak golongan berpendapatan rendah atau B40.

Menjelaskan perkara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, polisi Mara menetapkan kuota 60 peratus pelajar MRSM adalah daripada golongan B40, manakala selebihnya pelajar yang lulus Ujian Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dalam kalangan berpendapatan sederhana (M40) dan tinggi (T20).

Iklan
Iklan

"Maka kuota 10 hingga 15 peratus yang menolak (tawaran) itu dibuka untuk rayuan.

"Dari situ datangnya surat, e-mel yang memohon dan pertimbangan diambil, (namun) keutamaan tetap diberikan kepada mereka yang layak dan berpendapatan rendah.

Iklan

"Tetapi tidak menafikan, kalau mereka yang cemerlang dalam kalangan T20 sekali pun, kita masih terima (masuk MRSM) sebab dasar MRSM terbuka.

"Bagi saya, kita jangan mendiskriminasikan anak-anak kerana landskap dan demografi masyarakat sudah berubah, yang penting mereka perlu diajar untuk berada dalam suasana realiti," ujarnya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar edisi 426 bertajuk 'MRSM untuk B40 sahaja?' yang disiarkan secara langsung menerusi platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Turut diundang sebagai panelis ialah Presiden Persatuan Bekas Pelajar MRSM (Ansara), Mohd Fadzli Yusof dan bekas guru MRSM, Nur Aziera Mohd Ramli manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.