Pertahanan KDA FC kemalangan

Iklan
Amirul Hisham (kiri) kini mendapat rawatan di sebuah hospital di Alor Setar. Foto KDA FC

PEMAIN tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Amirul Hisyam Awang Kecik mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan di Bandaraya Alor Setar pada Selasa.

Laman Facebook KDA FC melaporkan pemain itu mengalami kecederaan di bahagian mulut, patah hidung dan keretakan dagu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemalangan berlaku selepas sebuah kereta membuat pusingan U secara mengejut ketika Amirul menunggang motosikal di Jalan Alor Mengkudu di sini.

Amirul Hisham kini mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di Alor Setar.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 28 tahun itu merupakan antara tonggak utama Sang Kenari yang diturunkan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain pada musim 2023.