'Baru lapan jam beli kereta, terus rosak’

Iklan
Sumber gambar dimuat naik Nagakanni menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila kereta Perodua Bezza yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak dalam masa lapan jam.

Wanita itu, Nagakanni Subramaniam berkata, sehingga kini tiada sebarang jawapan dan penyelesaian selain terpaksa membayar ansuran bulanan kereta sebanyak RM537 walaupun masih rosak.

Iklan
Iklan

"Saya beli kereta ini pada jam 11 pagi, lapan jam kemudian iaitu 7.40 malam saya hidupkan enjin tetapi dah tak hidup. Kenderaan terus dihantar ke pusat servis dan pomen cakap enjin rosak.

"Pada 9 November, pihak penjual maklumkan penyiasatan awal punca kerosakan sebab ada benda asing seperti gula selain mengatakan material tersebut tak digunakan Perodua.

Iklan
Sumber gambar dimuat naik Nagakanni menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

"Masalahnya, saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh lapan jam apatah lagi nak usik enjin,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Tambah Nagakanni, pihak penjual mendakwa hanya boleh memberikan kereta baharu jika dia membuat pinjaman semula.

Iklan

Bagaimanapun, dia menolak saranan tersebut kerana masih menanggung pinjaman kereta berkenaan.

Sumber gambar dimuat naik Nagakanni menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

"Sehingga kini masih belum ada sebarang jawapan secara hitam putih dengan pihak penjual walaupun dah lebih dua bulan tetapi saya masih bayar pinjaman setiap bulan.

"Saya harap sangat kawan-kawan dapat kongsikan kisah ini supaya pihak penjual dapat selesaikan isu ini.

"Saya hanya lawan untuk pertahankan hak,” ujarnya.