PGA bantu bersih rumah mangsa banjir

Iklan
Seramai 20 pegawai rendah polis dari Batalion 6 PGA telah memberikan bantuan pasca banjir pada Selasa.

SEGAMAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menggerakkan anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan di kawasan banjir di daerah ini, pada Selasa.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit berkata, seramai 20 pegawai rendah polis dari Batalion 6 PGA telah memberikan bantuan pasca banjir di kampung Seberang Batu Badak di sini.

Iklan
Iklan

"Antara tindakan yang diambil adalah membuat rondaan sekitar kawasan yang terjejas banjir bersama Ketua Kampung Seberang Batu Badak.

Seramai 20 pegawai rendah polis dari Batalion 6 PGA telah memberikan bantuan pasca banjir pada Selasa.

"Selain itu, kita memberikan bantuan bersama penduduk kampung mengemas dan membersihkan kawasan rumah yang terjejas banjir," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Zulkifli berkata, bantuan membersih serta mengemas rumah yang terjejas banjir dapat membantu meringankan beban penduduk yang terlibat.

"Kita sentiasa peka terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat, kita akan memberikan bantuan sepenuhnya kepada masyarakat khasnya dalam pasca banjir," katanya.

Iklan