Permohonan sijil halal meningkat kepada 15,605 pada 2023

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima 15,605 permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) pada 2023, meningkat empat peratus berbanding 14,977 permohonan yang diterima pada 2022, kata Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Menurutnya, daripada 15,605 permohonan yang diterima, sebanyak 8,509 permohonan diluluskan melibatkan 132,106 produk dipersijilkan halal, dengan jumlah fi yang diterima ialah RM11.035 juta.

Iklan
Iklan

"Produk yang dipersijilkan halal meliputi skim produk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, bahan gunaan dan peranti perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hakimah, berdasarkan laporan State of Global Islamic Economy 2023 yang dikeluarkan oleh Dinar Standards, Malaysia berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023.

Iklan

"Perkara ini menunjukkan bahawa industri halal Malaysia semakin berkembang pesat jika dibandingkan dengan negara lain.

"Pencapaian ini juga telah menyumbang kepada kedudukan Malaysia untuk mengekalkan tempat pertama dari 81 negara bagi tahun ke-10 berturut-turut," katanya.

Iklan

Hakimah berkata, Jakim akan memastikan komitmen yang penuh diberikan bagi memastikan pengurusan SPHM berada pada tahap yang terbaik dengan pelbagai inisiatif baharu dirancang dan dirangka bagi memperkasakan pensijilan halal Malaysia di peringkat global. - Bernama