Lelaki ditahan pukul anak kencing di sofa

Iklan
Seorang lelaki ditahan kerana memukul anak dan isterinya gara-gara kanak-kanak berumur tiga tahun itu terkencing di sofa di sebuah kawasan perumahan Lembah Subang, Petaling Jaya, Ahad lalu. Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohamad Fakhruddin

PETALING JAYA - Seorang lelaki tergamak memukul anak dan isterinya gara-gara kanak-kanak berumur tiga tahun itu terkencing di sofa dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan Lembah Subang dekat sini, Ahad lalu.

Tindakan suspek berumur 29 tahun itu bagaimanapun mengundang padah apabila diberkas sepasukan anggota polis pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, kejadian dipercayai berlaku di kediaman dihuni tiga beranak itu kira-kira jam 11.50 pagi.

"Suspek berumur 29 tahun itu dipercayai gagal mengawal amarahnya sebelum bertindak memukul anak lelaki dan isterinya itu," katanya pada Rabu.

Iklan

Katanya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.

Iklan