Masalah kotak gear, komponen elektronik paling kerap berlaku - Pakar
Iklan
SHAH ALAM - Pakar kereta, Hezeri Samsuri berkata, antara masalah dan kerugian yang sering dihadapi pengguna ialah enjin kenderaan mati secara tiba-tiba, komponen kotak gear rosak atau bahagian elektronik gagal berfungsi dengan baik.
"Kerosakan mengikut takrif Lemon Law adalah lain daripada kerosakan kenderaan biasa, ia kerosakan yang berulang tanpa tahu pokok pangkalnya. Ini normal dalam pengeluaran berskala besar walaupun jumlahnya sedikit sahaja.