Tahun kestabilan, akauntabiliti
Iklan
PADA penghujung 2023, sebanyak 33 pertubuhan masyarakat madani dan 52 individu membuat seruan agar rakyat Malaysia bersatu memperkasakan empat asas kepada sistem politik kita – raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, federalisme dan kedaulatan undang-undang.
Mereka menyeru agar parti-parti kerajaan dan pembangkang duduk berbincang tentang pakej perdamaian antara parti – membawa reformasi institusi yang perlu seperti memorandum persefahaman (MoU) pada 2019. Mereka ingin melihat politik Malaysia menjadi stabil dan akauntabiliti pada 2024.