'Taman Tasik Titiwangsa yang dulu tenang kini seperti pasar malam'

Iklan
Keadaan Taman Tasik Titiwangsa dikongsikan pengguna media sosial. Operasi jualan makanan di Taman Tasik Titiwangsa dikongsikan pengguna media sosial.

KUALA LUMPUR - Taman Tasik Titiwangsa semakin hilang seri susulan tarikan utama kota warga kota beriadah itu didakwa dicemari sampah dari aktiviti aktiviti perniagaan makanan yang semakin berleluasa di sana.

Perkara itu dibangkitkan oleh pengguna mengguna media sosial menerusi platform X yang menyifatkan petak parkir di kawasan itu semakin terhad susulan dipenuhi peniaga yang berebut untuk berniaga berbanding datang untuk beriadah.

Iklan
Iklan

Seorang pengguna media sosial, Iceman berkata, keseronokan untuk pergi bersenam di sana telah hilang ekoran keadaannya seperti pasar malam.

Kawasan parkir menjadi tempat sewa basikal.

"Dah macam pasar malam sedangkan situ kawasan riadah. Pagi-pagi kalau jogging penuh sampah sarap," katanya menerusi aplikasi X.

Iklan

Dia berharap DBKL menyediakan satu tempat khas untuk peniaga menjalankan perniagaan yang tersusun dan bukan dalam keadaan berselerakan seperti sekarang.

Komen Dash Johari pula, DBKL dan Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa digesa mengambil maklum isu kebersihan di kawasan tersebut.

Iklan

"Keadaan Tasik Titiwangsa kebelakangan ini sangat menyedihkan apabila penuh dengan sampah disebabkan semakin banyak gerai makanan (beroperasi).

"DBKL dan Dr Zaliha perlu buat sesuatu atau keadaan akan menjadi semakin buruk.

"Kalau dulu ada sampah boleh tolong kutipkan tapi sekarang sana sini bertimbun," katanya.

Bagi Asyraf Bahtiar, dia merindukan keindahan Tasik Titiwangsa yang tenang seperti dahulu.

"Sekarang dah tak berapa minat nak pergi sana sebab isu seperti ini (sampah, peniaga). Dengan parkir tak ada sebab peniaga berniaga di kawasan tempat letak kereta," katanya.

Ridz Anita pula berkata, rimas melihat keadaan kawasan parkir dipenuhi orang berniaga yang membahayakan.

Aktiviti jual beli di Taman Tasik Titiwangsa mengundang isu lambakan sampah di lokasi riadah tersebut.

"Peniaga ini perlu ada permit dan sediakan kawasan untuk mereka berniaga. Jangan biarkan warga asing dan samseng berkuasa," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial, Taufik Nasariddin berkata, Tasik Titiwangsa perlu diperkasakan kembali sebagai tempat rekreasi keluarga.

"Kembalikan Tasik Titiwangsa sebagai tempat rekreasi keluarga bukan pusat makan-makan yang penuh dengan (tempat) makan menjadi punca kepada sampah sarap yang banyak.

"Buang juga basikal-basikal yang bayar punya mahal tapi tidak diselenggara dengan baik kerana membahayakan semua orang," luahnya.

Dalam pada itu, DBKL turut memberi respons akan luahan dan pandangan mengenai kebimbangan warga kota terhadap isu kebersihan dan keindahan Taman Tasik Titiwangsa itu.

"Kami mengambil perhatian aduan ini dan telah dipanjangkan kepada jabatan berkaitan untuk tindakan selanjutnya," katanya.