Cadangan ABIM: Sidang DUN Kelantan khas tidak diperlukan

Iklan
Barisan kepimpinan Kelantan yang hadir ke Majlis Amanat Tahun Baharu Menteri Besar dan Perhimpunan Penjawat Awam Tahun 2024 di Kota Bharu.

KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas dalam masa terdekat berkait cadangan yang dikemukakan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Menurut beliau, hal ini kerana Sidang DUN Kelantan akan berlangsung pada Mac ini.

Iklan
Iklan

"Persiapan sedang dibuat untuk itu (sidang DUN).

"Bagaimanapun, cadangan yang diminta oleh ABIM Kelantan itu akan dilihat secara terperinci lagi," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Iklan

Sebelum itu beliau hadir ke Majlis Amanat Tahun Baharu Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Perhimpunan Penjawat Awam Tahun 2024 di sini.

Menurut beliau, jika ada keperluan mendesak dan cadangan itu dilihat konkrit serta baik, pihaknya akan membawa ia ke dalam sidang DUN.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Mohamed Fadzli memberitahu, Kerajaan Kelantan sentiasa bersikap terbuka dan bersedia mendengar sebarang cadangan daripada semua pihak.

Ujarnya, apa sahaja cadangan kepada penyelesaian amat dialu-alukan.

"Kita sangat suka untuk dengar dan akan tengok apa yang boleh dibuat dengan segera. Kita akan buat.

"Sebagaimana sewaktu PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) datang ke sini banyak perkara yang dibincangkan bersama Menteri Besar," katanya.

Tambah beliau, sebahagian perkara yang ingin dibincangkan semasa kunjung hormat yang pernah dirancang sebelum ini telah pun dibincangkan semasa kunjungan tersebut pada Khamis lalu.

Mohamed Fadzli memberitahu, banyak benda dalam perancangan yang akan diselesaikan, termasuk berkaitan banjir.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan ABIM Kelantan mendesak Kerajaan Kelantan mengadakan sidang DUN khas bagi membincangkan isu berkait pelan perparitan holistik.

Naib Yang Di Pertua I, Saifulnizam Muhamad berkata, gesaan itu dibuat selepas ABIM Kelantan melihat tiada kesungguhan daripada kerajaan negeri dalam menyelesaikan perkara tersebut.