Kelantan lanjut tempoh diskaun 90 peratus bayaran denda tanah

Iklan
Mohd Nassuruddin

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan melanjutkan tempoh pemberian diskaun 90 peratus ke atas bayaran denda berkaitan premium, denda lewat bayar cukai dan lain-lain bayaran denda berkaitan tanah serta pembangunan sehingga 31 Januari ini.

Sebelum itu semasa pembentangan Belanjawan Kelantan Bagi Tahun 2024, bayaran diskaun tersebut diberikan bagi tempoh satu bulan bermula 1 hingga 31 Disember.

Iklan
Iklan

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, perlanjutan tempoh itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Kelantan sama ada yang ditimpa musibah atau yang terselamat.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, kerajaan negeri Kelantan menyasarkan anggaran RM967.25 juta bakal dinikmati oleh seluruh rakyat Kelantan pada tahun ini.

Iklan

"Kadar pertumbuhan positif menandakan ekonomi Kelantan dalam keadaan sihat dan semakin berkembang.

"Dalam pembentangan Belanjawan Negeri Kelantan 2024 baru-baru ini, saya telah tekankan lima teras belanjawan 'Kelantan Mampan Berkat Sejahtera'," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Tahun Baharu Menteri Besar dan Perhimpunan Penjawat Awam Tahun 2024 di sini, pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, justeru itu, pentadbiran awam negeri perlu bergerak bersandarkan kepada asas kukuh yang telah dibina selama ini dengan mengambil pendekatan bersepadu dan proaktif untuk memacu pertumbuhan negeri.

Ujarnya, langkah dan gerak kerja kerajaan negeri perlu merentasi pelbagai sektor selaras dengan strategi peningkatan ekonomi dan hasil kerajaan negeri untuk menggalakkan pertumbuhan industri hiliran bagi sumber mineral dan sektor pertanian demi menjamin sekuriti makanan dalam jangka masa lama.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Kerajaan Kelantan mengumumkan diskaun 90 peratus untuk bayaran denda berkaitan premium tanah, denda lewat bayar cukai tanah dan lain-lain bayaran denda berkaitan tanah serta pembangunan tanah.

Mohd Nassruddin berkata, bayaran diskaun ini akan dinikmati oleh rakyat bagi tempoh satu bulan bermula 1 hingga 31 Disember ini.