Tesco fokus bantu pelanggan urus kos sara hidup

Iklan
Pengarah Pelanggan Tesco Malaysia, Vivian Yap (kanan) dan Pengarah Operasi Kechara, Justin Cheah pada pelancaran kempen Semua Ong Mali 2020 di ibu kota baru-baru ini.

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) mengadakan kempen Semua Ong Mali 2020 bermula 19 Disember lalu hingga 29 Januari 2020 sempena Tahun Baru Cina (CNY).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Ritchie berkata, Tesco fokus untuk membantu pelanggannya menguruskan kos sara hidup mereka melalui tawaran produk berkualiti pada harga yang berpatutan.

Iklan
Iklan

"Tesco juga menyediakan banyak makanan laut pada harga yang berpatutan seperti Canadian lobster, udang bersaiz sederhana dan udang harimau.

"Selain itu, produk jenama Tecso juga menawarkan harga 10 peratus lebih murah berbanding produk lain yang mana 80 peratus daripadanya adalah produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) penduduk tempatan,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Ritchie berkata, Tesco juga akan menganjurkan jualan selama 13 jam menerusi Facebook Live pada Januari 2020.

"Ia diadakan bertujuan untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang terbaik kepada pelanggan kami.

Iklan

"Produk ditawarkan dijual pada harga yang berbaloi dan pelanggan berpeluang memenangi baucar Golden Hours,” katanya.

Menurutnya, Tesco juga akan memberikan tawaran menarik kepada pelanggan membelanjakan RM88 ke atas dengan menggunakan e-wallet Boost dan Touch n Go.

Katanya, ia terpakai di semua cawangan Tesco sepanjang kempen berlangsung sebagai usaha menyokong inisiatif kerajaan ke arah berbelanja tanpa tunai.

Sempena CNY, beliau berkata, Tesco dan Kechara Soup Kitchen (Kechara) akan membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui pembelian Gift of Prosperity (GOP).

"GOP adalah peket ang pau yang mengandungi tuna, oat, biskut, kordial, beras dan minyak masak.

"Pelanggan boleh berbelanja RM25 atau RM50 untuk GOP di kaunter, Tesco Online dan platform e-dagang lain dari 19 Disember hingga 5 Februari 2020,” katanya.