Terima aduan rumput panjang, YB sendiri turun mesin

Iklan
Ahmad Yunus membersihkan semak selepas terima aduan di Kampung Medan di Kuala Langat.

KUALA LANGAT - Jika kebiasaan wakil rakyat akan memanjangkan aduan diterima kepada agensi berkaitan namun Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengambil pendekatan berbeza dengan menyelesaikan masalah itu sendiri.

Menerusi kemas kini di Facebook, Ahmad Yunus yang menerima aduan isu rumput panjang telah mengambil tindakan dengan memotong rumput itu sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada agensi berkaitan.

Iklan
Iklan

"Saya mendapat aduan jalan masuk ke Kampung Medan, lalang sangat tinggi sehingga menyukarkan pandangan dan dibimbangi berlaku kemalangan.

"Hari ini (Selasa) saya bersama dengan Jabatan Amal Pemuda Pas Kuala Langat bergotong-royong membersihkan kawasan tersebut.

Iklan

"Semoga ianya dapat mempermudahkan urusan masyarakat sekitar," menurutnya.

Jabatan Amal Pemuda Pas Kuala Langat bergotong-royong menyelesaikan aduan masalah rumput panjang dan semak di Kampung Medan.

Selain mengucapkan terima kasih, seorang pengguna yang selalu menggunakan jalan tersebut turut mengakui kawasan itu memang semak.

Iklan

Tidak kurang juga yang berseloroh dengan meninggalkan komen 'selamat beramal dan lupakan peruntukan'.

Gambar sebelum dan selepas semak dimesin.

Selain itu, ada yang melabel Ahmad Yunus sebagai seorang yang prihatin dan ambil peduli dengan aduan dikemukakan rakyat.

"Alhamdulillah terbaik, memang terbukti YB (yang berhormat) sangat prihatin dan ambil peduli pasal semua isu.

"Sempoi YB turun padang gotong-royong mesin rumput. Hanya ALLAH SWT dapat membalasnya dan semoga YB sentiasa berada di bawah lindungan Allah," komen Syarifah Nur Syahamah.