Lelaki jual data milik agensi kerajaan di 'darkweb' diberkas

Iklan
Ramli

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menggodam dan menjual data milik agensi kerajaan di laman sesawang 'darkweb' pada 25 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di ibu kota.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan yang dilakukan, mendapati lelaki disyaki memiliki kepakaran teknologi maklumat itu telah menjual data di laman sesawang tersebut dengan harga AS$200 (RM927) untuk setiap set data dan pembayaran adalah dalam bentuk mata wang kripto," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Khamis.

Ramli berkata, pengesanan terhadap lelaki itu berjaya dilakukan hasil kecekapan Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, JSJK.

Iklan

Dalam perkembangan berasingan, Ramli berkata, portal SemakMULE JSJK dibangunkan pada 2018 telah memenangi tempat kedua dalam Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AlPSA) 2023 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

"Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan kepada PDRM khususnya dari aspek penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Iklan

Beliau berkata, portal tersebut dibangunkan dengan matlamat untuk memberikan akses secara langsung kepada masyarakat dalam menyemak akaun bank serta nombor telefon yang mungkin digunakan oleh scammer.

"Setakat ini, sejumlah 160,095 akaun bank serta nombor telefon telah disenaraikan di dalam portal ini.

"Sejak mula dibuka sehingga sekarang, portal SemakMULE telah dilawati sebanyak 24,257,824 kali dan jumlah carian yang dibuat telah mencecah 21,215,287 carian," katanya.

Menurutnya, daripada jumlah carian tersebut, sejumlah 1,575,219 percaya, carian telah memberikan jawapan positif.

"Kita percaya, maklum balas tersebut telah membantu pengguna dan menyelamatkan wang mereka dari dipindahkan ke akaun scammer.

"Masyarakat dinasihatkan agar terus menggunakan kemudahan ini untuk mengelakkan kerugian akibat terpedaya dengan scammer," ujarnya.