Karya jurugambar OKU diiktiraf

Iklan
MESKIPUN berdepan masalah penglihatan yang kian merosot namun Rashidi berjaya merakam ilusi bentuk dan perspektif dalam fotografinya.

MESKIPUN tergolong dalam kategori kelainan upaya penglihatan, namun Rashidi Abdullah, S Svivabalan dan Theng Tze Young tidak sesekali menjadikan kekurangan itu untuk menghasilkan sentuhan seni imej luar biasa.

Buktinya, karya tiga jurugambar lelaki itu termasuk seorang jurugambar wanita, Vivian Kwek telah diiktiraf oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd hingga dipaparkan dalam kalendar tahun 2020.

Iklan
Iklan

Kisah Rashidi sangat menyentuh perasaan. Meskipun masalah penglihatannya yang kian merosot, beliau berjaya merakam ilusi bentuk dan perspektif dalam fotografinya.

Sebuah buku yang ditulisnya bertajuk Monolog Budak Buta, menggabungkan puisi dan fotografi yang memaparkan pengalamannya sebagai insan kurang upaya dan penceramah motivasi sungguh mengagumkan.

Iklan
MESKIPUN berdepan masalah penglihatan yang kian merosot namun Rashidi berjaya merakam ilusi bentuk dan perspektif dalam fotografinya.

Tidak kurang hebatnya buat Tze Young yang buta sepenuhnya selepas terlibat dengan satu kemalangan. Lelaki itu ternyata hebat.

Hanya berpandukan deria sentuh dan dengar, beliau sentiasa menggunakan emosi sebagai kanta dirinya bahkan penglibatannya dalam bidang fotografi deria menjadi contoh buat anaknya supaya cabaran yang dihadapi sesekali tidak menghalang impian.

Iklan
SATU lagi karya milik Tze Young diiktiraf oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd.

Bagi Svivabalan pula, penglihatan yang terbatas dan perlu membuat pengecaman dengan jarak dekat tidak mengehadkan dirinya untuk terus bereksperimen dengan komposisi extravaganza.

Bijak bermain imej ruang umum, beliau yang sukakan permainan catur itu pernah bercita-cita menjadi jaguh catur dan pernah menyertai Sukma dalam sukan sama.

KARYA Svivabalan yang dipaparkan dalam kalendar 2020 meskipun berdepan kekangan penglihatan yang terbatas.

Pada Program Perintis Fotografi Deria yang dianjurkan oleh Pakatan Plus Community yang julung kalinya di Malaysia, Rashidi, Svivabalan dan Tze Young akan menonjolkan keupayaan mereka dari segi visualisasi dan konsep.

Paparan 12 gambar unik yang dihasilkan bertemakan keselamatan jalan raya itu mempunyai mesej tersendiri dan bertujuan untuk membantu masyarakat menyedari kepentingan soal keselamatan dari sudut berbeza.

Paparan 12 gambar unik yang dihasilkan empat jurugambar kelainan upaya ini bertemakan keselamatan jalan raya dan mempunyai mesej tersendiri bagi memberi kesedaran kepentingan soal keselamatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MSIG Malaysia, Chua Seck Guan berkata, pihaknya berusaha untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya menjelang 2020.

"Kami dengan matlamat iaitu mengurangkan separuh angka kemalangan jalan raya pada tahun ini dan percaya sentimen yang dibawa akan menjadi peringatan berguna kepada komuniti kita.

"Kalendar yang memaparkan hasil seni mereka merupakan salah satu daripada beberapa inisiatif yang dilaksanakan untuk memberi perhatian kepada topik ini dan kami berbesar hati bekerjasama dengan komuniti kurang upaya penglihatan,"ujarnya.