1.9 juta penduduk Gaza dianggarkan hilang tempat tinggal

Iklan
Orang ramai berkumpul untuk mendapatkan bantuan makanan di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza. Foto Xinhua

NEW YORK - Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata seramai 1.9 juta orang atau hampir 85 peratus daripada jumlah penduduk Gaza dianggarkan hilang tempat tinggal.

Ini termasuk beberapa penduduk yang telah berpindah beberapa kali kerana mencari tempat selamat untuk berlindung, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Iklan
Iklan

UNRWA berkata, hampir 1.4 juta orang pelarian dalam negara (IDP) berlindung di 155 kemudahan UNRWA di semua lima wilayah.

Rafah kini menjadi tempat perlindungan utama bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal dengan lebih sejuta orang tinggal berhimpit-himpit di dalam ruang yang sangat sesak di wilayah itu.

Iklan

Ini berikutan peningkatan pertempuran di Khan Younis dan Deir al Balah, selain perintah pengusiran tentera Israel.

Justeru usaha mendapatkan angka tepat bagi bilangan sebenar IDP menjadi tugas yang mencabar.

Iklan

UNRWA berkata, bilangan IDP di wilayah utara tidak dikemas kini sejak 12 Oktober lepas kerana kekangan akses dan keadaan keselamatan yang menghalang pengesahan dibuat. - Bernama