Seorang maut tanah runtuh kuari

Iklan
Anggota bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan di lokasi kejadian, pada Khamis.

KUALA LANGAT - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut tertimbus dalam tanah runtuh di kawasan kuari di Jalan SP 2, Bandar Saujana Putra di sini, pada Khamis.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 petang.

Iklan
Iklan

Seorang maut selepas tanah runtuh di kawasan kuari di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada Khamis.

"Pemeriksaan mendapati berlaku tanah runtuh sedalam lebih satu meter di kuari tersebut.

"Kejadian itu mengakibatkan dua lelaki tertimbus di mana seorang mangsa yang masih hidup berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang awam," katanya pada Khamis.

Iklan

Tambahnya, mangsa kedua yang telah meninggal dunia berjaya dijumpai dan dibawa keluar oleh pihak bomba pada jam 6.42 petang.

Ujar beliau, kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran untuk tindakan lanjut.

Iklan