RAFAH - Dua terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di Rafah pada Khamis.
Rakaman daripada agensi berita Reuters menunjukkan penduduk tempatan dan pertahanan awam mengangkat sendiri runtuhan dengan tangan mereka bagi mencari mangsa yang terselamat.
Usaha menyelamat ini hanya dijalankan dengan menggunakan lampu telefon bimbit kerana ketiadaan elektrik. Ledakan serangan dari darat dan udara Israel kini memusnahkan Gaza.