Cuba cabut lari tinggalkan motosikal

Iklan
Operasi sehingga jam 12.30 tengah hari itu telah bertindak mengeluarkan 65 saman atas pelbagai kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya di mana tiada lesen memandu adalah paling tinggi dengan 25 saman. Foto JPJ Selangor (Gambar kecil: Azrin)

KLANG - Seorang lelaki warga asing nekad cuba melarikan diri dan meninggalkan motosikalnya semasa operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kapar, di sini pada Rabu.

Bagaimanapun, tindakan lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 30-an itu hanya sia-sia selepas dia berjaya ditahan anggota operasi yang diketuai Ketua Seksyen Operasi JPJ Selangor, Muzlefa Kamarudin.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, Op Pemandu Warga Asing (Pewa) bermula jam 9 pagi itu mendapati penjual besi buruk terbabit tiada lesen memandu selain lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh.

Op Pemandu Warga Asing (Pewa) bermula jam 9 pagi itu mendapati penunggang motosikal warga asing terbabit tiada lesen memandu selain lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh. Foto JPJ Selangor

Menurutnya, operasi sehingga jam 12.30 tengah hari itu telah bertindak mengeluarkan 65 saman atas pelbagai kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya di mana tiada lesen memandu adalah paling tinggi dengan 25 saman.

Iklan

"JPJ Selangor turut menyita 10 motosikal pelbagai jenis yang diguna warga asing untuk melakukan kerja-kerja jual makanan serta besi buruk," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan itu memberi fokus kepada pemeriksaan semua jenis kenderaan dipandu atau ditunggang warga asing.

Iklan
JPJ Selangor melaksanakan Op Pewa di sekitar Kapar, Klang pada Rabu. Foto JPJ Selangor

Katanya, JPJ Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas pemandu warga asing dan akan mengambil tindakan sekiranya tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

"Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan berserta butiran pengadu dan butiran aduan," ujarnya.