DBKL gempur Bukit Bintang, sita premis, kompaun peniaga

Iklan
Antara barangan yang disita dalam Tindakan Khas Parlimen Bukit Bintang pada Khamis. Foto Facebook DBKL

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gempur Parlimen Bukit Bintang dengan 110 premis diperiksa dan 29 daripadanya diambil tindakan sita barangan pada Khamis.

DBKL berkata, penguatkuasaan membabitkan pemeriksaan premis perniagaan, penjajaan, halangan kaki lima, pengendali atau pembantu warga asing serta gerai tanpa lesen.

Operasi yang dijalankan tindakan sekitar Jalan Silang, Jalan Petaling dan Masjid India pada Khamis. Foto Facebook DBKL

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan khas turut melibatkan kesalahan halangan lalu lintas, iklan haram, papan tanda tulisan bahasa asing, kekotoran dan lain-lain kesalahan am.

"Hasil operasi khas ini, 29 premis perniagaan telah diambil tindakan pindah peralatan yang melakukan kesalahan halangan tempat awam, premis dikendalikan warga asing.

Iklan

"20 penjaja tanpa lesen turut dikenakan tindakan sita barangan termasuk tiga penjaja bukan warganegara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Seramai 300 anggota dan pegawai DBKL terlibat dalam tindakan khas di Parlimen itu membabitkan sekitar Jalan Silang, Jalan Petaling dan Masjid India yang diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Noor Azman Mahlin.

Iklan

Katanya, DBKL turut mengeluarkan 25 Notis Penguatkuasaan Teknikal dan membuat tindakan meroboh struktur sambungan di premis perniagaan yang menggantung pelbagai aksesori di lorong, laluan dan jalan awam serta menurunkan iklan dan poster haram sekitar lokasi operasi.

"Sejumlah 29 notis kompaun turut dikeluarkan kepada pemilik premis perniagaan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya beroperasi tanpa lesen, menggajikan warga asing, struktur sambungan, halangan tempat awam, iklan tanpa kebenaran.

"Tindakan di bawah peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976, UUK Iklan (WPKL) 1982, UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016," katanya.

Penguat kuasa DBKL mencabut iklan haram yang dipasang tanpa kelulusan. Foto Facebook DBKL

Ujarnya, DBKL turut menunda 12 kenderaan dan sembilan motosikal selain 45 kenderaan dikompaun atas pelbagai kesalahan halangan lalu lintas menerusi Kaedah Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesemua barangan dan peralatan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras dan Depoh Kenderaan Ditunda Jalan Pahang untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi.