GUA MUSANG - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menamatkan penugasan penghantaran 20.8 tan metrik bekalan makanan ke 56 kampung membabitkan lima pos Orang Asli yang terputus jalan perhubungan darat semalam.
Komander Operasi, Amir Fitri Salim berkata, keadaan cuaca yang sangat baik ketika penugasan antara faktor membolehkan operasi ke Pos Gob, Pos Bihai, Pos Balar, Pos Belatim dan Pos Simpor berjalan lancar dan tamat mengikut jadual ditetapkan.
Beliau berkata, secara keseluruhan 25 anak kapal berjaya melakukan 16 penerbangan sepanjang empat hari operasi yang bermula Isnin lepas, dengan dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Secara keseluruhannya pada hari pertama kita berjaya menghantar 4,731 kilogram (kg) bekalan makanan, hari kedua (6, 270 kg), hari ketiga (5,510 kg) dan hari keempat (4,290 kg).
"Penerbangan dimulakan ke Pos Gob pada hari pertama dan destinasi terakhir ke Pos Simpor, semalam. Alhamdulillah cuaca sangat baik, hujan renyai-renyai hanya sekejap sebelum kami ke Kampung Halak dan Kampung Rekom,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Amir Fitri berkata, selain melakukan penerbangan ihsan membantu pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menghantar bekalan, pada masa yang sama anak kapal turut melaksanakan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) di beberapa kampung terlibat.
"Kita bersyukur operasi menggunakan sebuah pesawat kategori berat helikopter jenis Mi-171 berjaya diselesaikan sepenuhnya dan anggota akan berlepas pulang ke Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, hari ini,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Simpor, Vincent Baku Hasan, 33, bersyukur atas keprihatinan JAKOA menjaga kebajikan mereka walaupun berada jauh di pedalaman.
"Penduduk sangat teruja menantikan ketibaan helikopter selepas mendapat tahu akan menerima bantuan bekalan makanan daripada JAKOA.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JAKOA, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, JBPM dan Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Mohd Syahbuddin Hashim kerana mengingati kami di sini,” katanya. - Bernama