Suri rumah kena 'scam', wang KWSP, insurans RM229,600 lesap

Iklan
Gambar kecil: Yahaya Othman

KUANTAN - Seorang suri rumah berputih mata apabila wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan wang pampasan insurans kematian suami berjumlah lebih RM229,600 yang dilaburkan dalam skim pelaburan dalam talian tidak wujud lesap.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 51 tahun menyertai skim pelaburan 'Big Coin' melalui aplikasi WeChat pada April tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa dijanjikan keuntungan dua kali ganda dan diminta mendaftar melalui portal yang diberikan bagi mengakses platform pelaburan tersebut.

"Mangsa turut diminta mengemukakan maklumat kad bank kepada suspek untuk urusan pemindahan wang.

Iklan

"Mangsa telah terpedaya hingga memindahkan wang miliknya sebanyak RM229,627 kepada suspek dalam tempoh 7 April hingga Ogos tahun lalu sebelum menyedari telah ditipu," katanya.

Yahaya berkata, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Iklan

"Buat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima melalui pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,"ujarnya.