Dapatkan sijil halal untuk bufet Ramadan

Iklan
Pengusaha perkhidmatan juadah sempena Ramadan dinasihati agar membuat permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Pengusaha perkhidmatan juadah sempena Ramadan dinasihati agar membuat permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

Menerusi kenyataan pada Jumaat, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya bersedia untuk membantu pengusaha hotel, restoran dan seumpamanya mempromosikan juadah berbuka puasa atau bufet Ramadan mendapatkan SPHM.

Iklan
Iklan

"Jakim ingin menarik perhatian pihak-pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi supaya memiliki SPHM," katanya.

Menurutnya, saranan itu dibuat lebih awal supaya pihak berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah seandainya berhasrat menyediakan perkhidmatan bufet Ramadan.

Iklan

"Mana-mana pihak yang membuat pengiklanan dengan ungkapan yang merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti bufet Ramadan, iftar Ramadan, set Ramadan dan seumpamanya bagi tujuan perniagaan tanpa memiliki SPHM yang sah adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011)," katanya.

Iklan