Indonesia: Kereta api bertembung di Bandung, 4 pekerja maut

Iklan
Empat pekerja kereta api maut dan lebih 20 penumpang cedera apabila tren jarak jauh Turangga Train dan tren komuter tempatan Tren Bandung Raya bertembung dekat stesen Cicalengka di daerah Cicalengka Bandung pada 6.03 pagi waktu tempatan pada Jumaat. - Foto Xinhua

BANDUNG - Empat pekerja kereta api maut dan lebih 20 penumpang cedera apabila tren jarak jauh Turangga Train dan tren komuter tempatan Tren Bandung Raya bertembung dekat stesen Cicalengka di daerah Cicalengka Bandung pada 6.03 pagi waktu tempatan pada Jumaat.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Wilayah Bandung (Basarnas) Hery Marantika berkata, pasukan penyelamat telah memindahkan mangsa dari kereta api berkenaan, lapor ANTARA.

Iklan
Iklan

Hery berkata, pemindahan penumpang dilakukan oleh beberapa pihak termasuk syarikat kereta api PT KAI.

Beliau berkata, Basarnas menghantar dua pasukan, masing-masing untuk memindahkan mangsa dan mengumpul data mangsa di Hospital Cicalengka Regional Public.

Iklan

Pada awal pagi, pemangku gabenor Jawa Barat Beyxi Machmudin berkata sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam nahas itu.

Jurucakap syarikat Dwinanto Budiadji berkata mangsa yang terkorban termasuk pemandu kereta api, pembantunya, seorang pegawai keselamatan dan konduktor, menurut laporan portal berita Liputan6.

Iklan

Kesemua penumpang selamat walaupun ada dalam kalangan mereka cedera, katanya. - Bernama-Agensi