20 tahun tunggu van jenazah

Iklan
Kemudahan van jenazah disediakan tanpa sebarang caj untuk urusan kematian kariah Surau Nurul Huda di Taman Tasek Putra.

BATU GAJAH - Penantian lebih 20 tahun kariah Surau Nurul Huda di Taman Tasek Putra dekat Tronoh di sini untuk memiliki kemudahan van jenazah sendiri akhirnya menjadi kenyataan.

Penyediaan kemudahan kenderaan itu dapat direalisasikan selepas mendapat keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Steven Tiw Tee Siang menerusi ubah suai kenderaan terpakai dengan kos RM12,000.

Kemudahan van jenazah milik Surau Nurul Huda di Taman Tasek Putra dapat disediakan dengan kos RM12,000 melalui proses ubah suai.

Iklan
Iklan

Steven berkata, pihaknya dimaklumkan sebelum ini, kariah surau terpaksa mendapatkan kemudahan van jenazah hingga luar daerah apabila berlaku kematian.

"Bulan lepas saya dimaklumkan pengurusan surau ini dalam permohonan membeli kenderaan untuk dijadikan van jenazah.

"Tidak sampai 24 jam, saya terus memberi komitmen untuk menyediakan peruntukan bagi tujuan itu.

Iklan

"Hasilnya, RM9,000 daripada kos keseluruhan peruntukan dikeluarkan Pejabat ADUN manakala RM3,000 lagi disumbangankan penduduk di sini," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan gimik penyerahan van jenazah kepada Surau Nurul Huda pada Jumaat.

Beliau berkata, kemudahan van jenazah itu bakal memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk di lima perumahan berhampiran iaitu Taman Tasek Putra, Taman Awana, Taman Tronoh Universiti, Uni Park Land dan Taman Akasia.

Steven (kanan) meninjau tempat mandi jenazah yang disediakan kariah surau hasil kutipan daripada penduduk.

Iklan

Katanya, perbincangan bersama pengurusan surau telah bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang caj kepada penduduk.

"Kenderaan ini disediakan secara percuma, cumanya kalau ada yang mahu memberikan saguhati, duit minyak atau derma kepada pengurusan surau, itu amatlah digalakkan," katanya.

Steven (dua dari kiri) menyerahkan geran kenderaan kepada Ahmad Jamil sebagai gimik penyerahan van jenazah milik Surau Nurul Huda di Taman Tasek Putra pada Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi surau, Ahmad Jamil Mohd Zain berkata, sejak siap dibina pada tahun 2000, surau itu belum pernah menerima van jenazah dan kebiasaannya menggunakan kemudahan sedia ada di masjid berhampiran, Masjid Ar-Rahmaniah dekat Tronoh.

Bagaimanapun ujarnya, van jenazah milik masjid biasanya sudah uzur dan agak berisiko sekiranya penghantaran jenazah itu di tempat yang jauh.

"Seperti pernah berlaku, kariah surau menggunakan van jenazah dari Masjid Jamek Teluk Kepayang, Bota Kanan untuk menghantar jenazah ke Ayer Tawar.

"Kemudahan ini memang sesuatu yang dinantikan sejak sekian lama dan kami amat bersyukur apabila hasrat ini dapat dicapai," katanya.