GEORGE TOWN - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang membenarkan semua sekolah di negeri itu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) susulan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 10 Januari ini.
Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan berkata, namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.