Gibran langgar peraturan kempen kerana agih susu percuma

Iklan
Gibran menjadi cawapres paling banyak dihimpit kontroversi pada Pilpres 2024. Foto Agensi

JAKARTA - Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) memutuskan anak sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi telah melanggar peraturan ketika berkempen susulan insiden pemberian susu percuma ketika hari bebas kenderaan bulan lalu.

Namun, Gibran Rakabuming Raka, 36, yang bergandingan sebagai calon wakil presiden (cawapres) bersama Prabowo Subianto menafikan sebarang salah laku.

Iklan
Iklan

Bawaslu memaklumkan, mereka tidak mempunyai kuasa menghukumnya kerana melanggar perintah gabenor Jakarta ditetapkan pada 2016 yang menghalang sebarang acara untuk kepentingan politik.

Agensi itu membuat pengumuman tersebut sehari selepas bekas wali kota Surakarta itu dipanggil untuk memberi penjelasan.

Iklan

Gibran sekali lagi menegaskan tindakannya tiada kaitan dengan mana-mana parti politik selepas pencalonannya pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024) mengundang kontroversi sebelum ini.

Sementara itu, penganalisis Persatuan Pilihan Raya dan Demokrasi, Titi Anggraini berkata, Gibran mungkin hanya akan diberikan teguran kerana melakukan pelanggaran ringan dan tidak akan menyebabkannya hilang kelayakan untuk bertanding. - Agensi

Iklan