Terowong runtuh di Zimbabwe, 11 pelombong dikhuatiri terperangkap

Iklan
Sebelas pelombong dikhuatiri terperangkap selepas terowong di sebuah lombong emas di Zimbabwe runtuh pada Khamis. - Foto Agensi

HARARE - Sebelas pelombong dikhuatiri terperangkap selepas terowong di sebuah lombong emas di Zimbabwe runtuh pada Khamis.

Menteri Pembangunan Perlombongan Soda Zhemu berkata, kejadian berlaku di Redwing Mine yang terletak di Penhalonga di wilayah Manicaland.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, misi mencari dan menyelamat berdepan halangan berikutan pergerakan tanah yang masih berlaku.

"Anggota penyelamat cuba masuk ke dalam terowong namun terpaksa berundur berikutan pergerakan tanah masih dikesan," kata Zhemu.

Iklan

Menurut polis, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, lapor Xinhua pada Jumaat. - Bernama-Xinhua

Iklan