Imigresen gempur lokasi 'hotspot' PATI, 80 ditahan

Iklan
Seramai 80 PATI ditahan dalam operasi berasingan di Seremban, Nilai dan Port Dickson. Foto JIMNS

SEREMBAN - Seramai 80 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi serbuan yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) di 19 premis membabitkan daerah ini, Nilai dan Port Dickson.

Pengarah JIMNS, Kennith Tan Ai Kiang berkata, operasi penguatkuasaan selama tiga hari bermula Selasa lalu dan berakhir Khamis itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam selain menggempur lokasi hotspot PATI.

PATI yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut.Foto JIMNS

Iklan
Iklan

"Hasil daripada operasi yang dilaksanakan pemeriksaan telah dibuat ke atas 161 individu termasuk warga asing.

"Seramai 80 PATI berusia 18 hingga 63 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tinggal lebih masa) dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Ujarnya, kesemua yang ditahan adalah 15 lelaki warga Bangladesh, 31 lelaki dan 19 perempuan warga Indonesia, seorang wanita Sri Lanka, dua lelaki warga India dan bakinya warga Myanmar serta Thailand.

Seramai 80 PATI berusia 18 hingga 63 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. Foto JIMNS

"Mereka telah dihantar dan ditahan di Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Lapan borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan atau penjaga premis untuk hadir ke JIMNS bagi membantu siasatan," katanya yang memaklumkan operasi itu membabitkan 17 pegawai JIMNS.

Ujarnya, JIMNS berterima kasih kepada orang ramai yang telah membantu jabatan itu dengan menyalurkan maklumat berhubung keberadaan PATI.

"JIMNS mengalu-alukan sebarang maklumat sedemikian dan menjamin kerahsiaan pemberi maklumat.

"Kami juga ingin mengingatkan majikan supaya tidak menggaji atau melindungi PATI dan tindakan tegas boleh diambil jika berbuat demikian," katanya.