‘Tidak adil denda syarikat sahaja’ - FMM

Iklan
Tan Sri Datuk Soh Thian Lai.

SHAH ALAM - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) membantah cadangan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani agar syarikat yang membawa masuk pekerja asing tetapi gagal menempatkan di sektor pekerjaan dikenakan kompaun.

Presidennya, Tan Sri Datuk Soh Thian Lai turut menggesa kerajaan untuk menyiasat kes-kes demikian terlebih dahulu dan tidak menyalahkan majikan tanpa siasatan.

Iklan
Iklan

"Tindakan membawa pekerja tanpa pekerjaan yang disahkan mungkin oleh ejen yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka (ejen) membawa pekerja dengan janji palsu mengatakan ada pekerjaan yang menanti dan terlibat aktiviti penipuan sepanjang proses pengambilan seperti memalsukan permohonan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Johari pada Khamis mencadangkan bahawa mana-mana syarikat atau ejen yang menipu pekerja asing dikenakan kompaun sehingga RM30,000

Sementara itu, menurut Thian Lai, pengilang dikenakan syarat ketat daripada Kementerian Perladangan dan Komoditi sebagai agensi pengawalseliaan untuk sektor pembuatan.

Iklan

Tambahnya, majikan seharusnya menunjukkan bukti pesanan dan permintaan daripada pelanggan sebagai justifikasi jumlah pekerja asing yang dimohon.

"Keperluan ini akan memastikan bahawa industri tersebut tidak menyalahgunakan sistem dan membawa jumlah pekerja yang berlebihan.

"Sektor ini akan terus memerlukan pekerja asing untuk menyokong aspek-aspek tertentu dalam operasi mereka secara beransur-ansur untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing,” ujarnya.